Warga Rohingya ditahan raba anak jiran

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

MELAKA - Seorang buruh binaan warga Rohingya ditahan polis selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal ke atas kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.

Suspek berusia 35 tahun dipercayai melakukan perbuatan tersebut terhadap mangsa yang juga anak jirannya di hadapan rumahnya di Kilometer Semabok di sini, pada malam 26 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, perbuatan itu terbongkar selepas mangsa bersekolah di Tahun Enam menceritakan kejadian tersebut kepada bapanya yang mendakwa suspek secara tiba-tiba telah menarik tangan kiri dan meraba di bahagian dadanya beberapa kali.

"Mangsa yang takut bagaimanapun memberanikan diri memberitahu bapanya sehari selepas kejadian itu.

"Suspek disyaki melakukan perbuatan terkutuk itu pada jam 8.30 malam minggu lalu," katanya ketika dihubungi di sini, pada Rabu.

Ujar beliau, bapa mangsa berusia 50 tahun kemudian membuat laporan polis dan hasil soal siasat terhadap adik lelaki mangsa berusia 10 tahun mendakwa suspek juga pernah memberitahunya perkara berbaur seksual.

Katanya, sebelum membuat laporan polis, bapa mangsa juga telah menceritakan kejadian itu kepada kakak suspek yang kemudian bertindak menampar lelaki tersebut sebelum suspek melarikan diri.

"Keesokan harinya suspek berjaya diberkas dan direman sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!