Wabak selesema burung dikesan di ladang ayam belanda di Israel

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

BAITULMAQDIS - Dua lagi ladang ternakan ayam belanda di Israel dilaporkan dijangkiti wabak selesema burung, menurut Agensi Berita Xinhua.

Kes pertama dilaporkan di sebuah ladang di kampung Magal berhampiran dekat dengan Tebing Barat yang diduduki, memetik kenyataan Kementerian Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Israel.

Sementara itu, kes kedua dikesan di desa Be'er Tuvia.

Dengan dua kes terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan ladang yang dijangkiti penyakit berkenaan ialah sembilan kes setakat ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!