[VIDEO] 'Wujud boneka PN dalam UMNO'

Isham Jalil
Isham Jalil
A
A
A

KUALA LUMPUR - Majlis Tertinggi UMNO, Isham Jalil mendakwa wujud boneka Perikatan Nasional (PN) dalam UMNO untuk menimbulkan konflik dalaman sebelum pilihan raya negeri (PRN) diadakan tahun ini.

Menurutnya, PN mungkin tidak senang kerana tidak menjadi kerajaan dan mahu mendesak UMNO agar menukar presiden dan timbalan.

"Ada boneka dalam UMNO yang mengikut telunjuk mereka dan mungkin cuba mengambil ahli Parlimen kita daripada Kerajaan Perpaduan untuk membentuk kerajaan baharu.

"Sebab itu saya tidak bersetuju campur tangan pihak lain,” katanya menurut laporan Sinar Daily pada Khamis.

Isham berkata, beliau bersetuju bahawa dua jawatan tertinggi UMNO itu tidak perlu dipertandingkan seperti yang dinyatakan Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed baru-baru ini.

Ujarnya, di sebalik semua kritikan semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan masih mempunyai rekod prestasi yang baik.

“Mereka mempunyai peluang yang baik untuk mengekalkan jawatan mereka sebagai presiden dan timbalan presiden kerana mereka bersama UMNO ketika parti itu kalah dan tidak mempunyai apa-apa,” katanya.

Isham juga menambah, adalah menjadi cabaran untuk memperkukuh kepimpinan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan baharu dan mereka tidak mahu merumitkan keadaan dengan perebutan dua jawatan teratas dalam UMNO terutama dengan campur tangan individu di luar parti.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!