Produk penjagaan rambut tiruan dirampas

KPDN memeriksa produk penjagaan rambut yang disyaki tiruan di Kulim pada Selasa.
KPDN memeriksa produk penjagaan rambut yang disyaki tiruan di Kulim pada Selasa.
A
A
A

KULIM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas 350 unit barangan produk penjagaan rambut tiruan bernilai RM52,500 di Taman Kempas di sini pada 10 pagi Selasa.

Pengarah Pejabat KPDN Negeri Kedah, Affendi Rajini Kanth berkata, produk yang menggunakan cap dagang berdaftar 'olaplex' itu disyaki tiruan.

Menurutnya, ia berdasarkan terdapat sedikit perbezaan dari segi pembungkusan dan tulisan jenama berbanding asal.

"Semasa pemeriksaan Ops Jeriji dijalankan bersama empat orang pengadu yang juga merupakan pemilik cap dagang, pihak KPDN telah menjumpai sebanyak 350 unit barangan produk penjagaan rambut yang dipercayai tiruan.

"Kesemua barang sitaan disimpan di stor ekshibit KPDN Kulim, Kedah untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Nilai rampasan keseluruhan bagi serbuan tersebut adalah dianggarkan sebanyak RM52,500.

Kes disiasat bawah Seksyen 102(1)(c) iaitu mempunyai dalam milikan bagi maksud perdagangan barang-barang yang merupakan suatu cap dagangan berdaftar, dipakaikan dengan salah dibawah Seksyen 100 Akta Cap Dagangan 2019.

"Dalam operasi ini juga, seorang lelaki cina warga tempatan ditahan bawah Seksyen 119(1) Akta Cap Dagang 2019 bagi membantu siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!