Myanmar beri pengampunan kepada 7,012 banduan

Pengampunan kepada 7,012 banduan sempena ulang tahun ke-75 kemerdekaan Myanmar. Foto hiasan
Pengampunan kepada 7,012 banduan sempena ulang tahun ke-75 kemerdekaan Myanmar. Foto hiasan
A
A
A

YANGON - Pengerusi Majlis Pentadbiran Negeri (SAC) Jeneral Kanan Min Aung Hlaing pada Rabu memberikan pengampunan kepada 7,012 banduan sempena ulang tahun ke-75 kemerdekaan Myanmar, lapor Xinhua.

Selain itu, SAC turut mengurangkan tempoh hukuman kepada beberapa banduan yang dipenjarakan di seluruh negara.

Menurut data rasmi, negara Asia Tenggara itu telah memberikan pengampunan kepada lebih 59,000 banduan termasuk 239 warga asing sepanjang 2021 dan 2022. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!