Dua penjawat awam di mahkamah syariah ditahan minta rasuah

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KOTA KINABALU - Dua penjawat awam yang bertugas di Mahkamah Syariah Tawau ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah selepas disyaki meminta dan menerima wang rasuah daripada orang awam.

Dua wanita masing-masing berusia 50 dan 38 tahun itu ditahan selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Cawangan Tawau pada jam 5.30 petang Rabu.

Menurut sumber, kedua-dua suspek dikatakan telah meminta dan menerima wang sebanyak RM400 daripada orang awam bagi memproses perintah mahkamah.

Mereka ditahan ketika memberi keterangan di pejabat SPRM Cawangan Tawau.

Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy mengesahkan tangkapan itu berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

"Kedua-dua suspek akan ditahan selama 24 jam untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!