Lelaki hilang di Tasik Gubir ditemukan lemas

Laporan SInar Harian pada Isnin.
Laporan SInar Harian pada Isnin.
A
A
A

SIK - Seorang lelaki yang dilaporkan hilang di kawasan Tasik Gubir dekat sini Isnin lepas ditemukan lemas di sungai berhampiran tasik itu petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, mayat Muhammad Amirul Akmal Rashid, 29, dijumpai terapung di tengah sungai itu pada 4.47 petang kira-kira 50 meter dari tempat dia dipercayai dihanyutkan arus deras.

"Pasukan penyelamat yang membawa mayat mangsa tiba di pangkalan kira-kira 6 petang tadi dan menyerahkan kepada polis untuk bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar," katanya dalam kenyataan malam ini.

Isnin lepas, Muhammad Amirul Akmal dilaporkan dikhuatiri lemas di kawasan Tasik Gubir pada 4.57 petang.

Abdull Razak berkata, Muhammad Amirul Akmal berkhemah dan bermalam di Tasik Gubir bersama tujuh rakannya untuk memancing dan menjala ikan sehari sebelum itu.

"Menurut rakan mangsa, pada 9.30 pagi Isnin, enam daripada mereka termasuk mangsa menaiki bot untuk memancing dan meninggalkan dua rakan lain di tapak perkhemahan. Pada kira-kira 1.30 tengah hari, keenam-enam mereka pulang dan pergi ke sungai berdekatan tapak khemah untuk menjala ikan.

"Mereka turun dari bot dan berjalan di laluan sungai. Selang beberapa minit, arus sungai menjadi deras dan laju menyebabkan mereka panik dan melarikan diri ke tebing sungai namun mangsa tidak sempat menyelamatkan diri," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!