Tindakan tepat tidak sekat pelancong luar

Pakar berpendapat langkah kerajaan untuk tidak menyekat kemasukan pelancong asing adalah tepat. Gambar kecil: Dr Zainal Ariffin
Pakar berpendapat langkah kerajaan untuk tidak menyekat kemasukan pelancong asing adalah tepat. Gambar kecil: Dr Zainal Ariffin
A
A
A

SHAH ALAM - Pakar kesihatan menyifatkan langkah kerajaan untuk tidak menyekat kemasukan pelancong asing adalah tepat.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Epidemiologi Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, ia kerana pelaksanaan mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) memadai untuk mengekang jangkitan Covid-19.

“Setuju kerana kerajaan tidak mahu diskriminasi kepada mana-mana negara, dan mereka juga cuba inisiatif dengan memperketatkan kawalan sedia ada seperti pengimbas suhu terhadap pelancong asing khususnya negara berisiko tinggi berlaku jangkitan wabak.

“Jadi, ia kenyataan bersifat politik kerana jika tidak membenarkan rakyat China masuk, negara itu akan marah, begitu juga rakyat Malaysia, seimbang apa yang Perdana Menteri lakukan.

“Bagaimanapun, bergantung kepada keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) nak buat macam mana,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Beliau turut menyarankan rakyat yang bimbang tentang kemasukan pelancong luar ke Malaysia untuk menjaga SOP.

“Orang ramai perlu amalkan semula pemakaian pelitup muka dan ambil vaksin serta dos penggalak,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!