Penjual online dan penghantar barang tolonglah ubah sikap!

Gambar hiasan - Foto 123 RF
Gambar hiasan - Foto 123 RF
A
A
A

SELAMAT Tahun Baharu 2023. Rasanya belum terlambat untuk Merak Jalanan mengucapkannya kepada semua rakyat Malaysia, khususnya pembaca Sinar Harian.

Hari ini adalah hari kelima kita berada pada tahun 2023. Pastinya semua mempunyai azam dan semangat baharu untuk dilaksanakan mahupun diperbaiki.

Namun, Merak Jalanan masih berasakan segelintir masyarakat kita tidak berubah. Baru-baru ini Merak Jalanan ada membuat pembelian secara dalam talian di platform cukup popular dan ia bukanlah kali pertama.

Barangan yang dibeli pula separuhnya dibuat daripada kaca dan tidak dinafikan adakala penghantaran dibuat ketika tiada sesiapa di rumah.

Sebelum ini ia tidak menjadi masalah kerana penghantar akan menghubungi Merak Jalanan terlebih dahulu atau menghantar gambar melalui WhatsApp memaklumkan barangan telah dihantar.

Kali ini tiada sebarang makluman. Lebih menyakitkan hati kerana barang tersebut dilempar sahaja ke dalam kawasan rumah, mungkin untuk mengelak daripada basah akibat hujan.

Barang yang Merak Jalanan beli itu pecah berderai. Penjual pula langsung tidak menampal pelekat 'fragile' supaya penghantar lebih berhati-hati mengendalikan barang tersebut.

Sudahlah sakit hati tak hilang lagi, apabila diperiksa sekali lagi, cara barang dibungkus juga cincai kerana bubble wrap yang digunakan hanyalah selapis.

Artikel Berkaitan:

Apabila aduan dibuat, semua sedia maklum untuk mendapat bayaran semula atau barang gantian akan mengambil masa terlalu lama.

Sepatutnya penjual atau penghantar barangan perlu lebih bertanggungjawab serta berhati-hati.

Tolonglah jangan menyusahkan pengguna yang mengeluarkan wang untuk mendapatkan barang tersebut.

Kepada penjual online, hargailah pelanggan anda. Jangan terlalu mengejar keuntungan hingga hal-hal berkaitan ‘keselamatan barangan’ diabaikan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!