Pelakon drama Nur, Kamsani Ismail meninggal dunia

Kamsani meninggal dunia di Hospital Melaka pada malam Rabu.
Kamsani meninggal dunia di Hospital Melaka pada malam Rabu.
A
A
A

MELAKA - Pelakon drama bersiri popular Nur, Kamsani Ismail meninggal dunia akibat komplikasi penyakit kencing manis dan jangkitan kuman pada malam Rabu.

Kamsani, 60, menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Melaka pada jam 11.30 malam.

Berita pemergian pelakon itu dikongsikan anaknya, Muhd Amin Kamsani, 25, di media sosial.

Muhd Amin berkata, bapanya menerima rawatan di sebuah klinik swasta di Klebang sebelum dirujuk ke Hospital Melaka.

"Selepas itu, ayah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada jam 2.30 petang.

"ALLAH SWT lebih menyayanginya dan kami sekeluarga reda apabila pihak hospital memaklumkan ayah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Anak kelima daripada enam beradik itu berkata, bapanya menghidap penyakit kencing manis sejak lebih 10 tahun lalu, namun keadaan kesihatannya semakin merosot sejak akhir-akhir ini.

Kamsani yang berasal dari Klebang di sini meninggalkan seorang balu, Norhayati Yusoff, 53, dan enam anak yang berumur antara 18 hingga 36 tahun.

Artikel Berkaitan:

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Permatang Klebang selepas zohor.

Selain membintangi drama bersiri popular Nur, Allahyarham turut membintangi beberapa drama lain termasuk Nenek Kebayan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!