Gagal pilih Speaker, Dewan Perwakilan AS ditangguh

Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) ditangguhkan untuk hari kedua berturut-turut selepas Dewan masih gagal untuk memilih Speaker. - Gambar hiasan
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) ditangguhkan untuk hari kedua berturut-turut selepas Dewan masih gagal untuk memilih Speaker. - Gambar hiasan
A
A
A

WASHINGTON - Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) ditangguhkan untuk hari kedua berturut-turut selepas Dewan masih gagal untuk memilih Speaker.

Pemimpin Republikan, Kevin McCarthy memberitahu pemberita bahawa terdapat kemajuan dalam perbincangan namun undian pada malam ini dilihat ‘tidak produktif’, lapor Sputnik.

Selepas tiga pusingan pengundian usaha untuk memilih Speaker menemui jalan buntu dan pusingan ketujuh mungkin diadakan esok.

"Saya tidak fikir undian malam ini akan memberikan sebarang perubahan namun saya yakin undian selepas ini mungkin dapat menghasilkan perubahan..." kata McCarthy pada Rabu.

McCarthy berkata, banyak kemajuan yang dicapai dalam rundingan bersama sebilangan kecil rakan Republikan yang menentang pencalonan beliau untuk Speaker Dewan, tetapi belum ada kesepakatan dicapai.

Situasi seperti ini kali pertama berlaku dalam satu abad apabila dewan gagal memilih Speaker dalam undian pertama.

Ahli Parlimen tidak boleh mengangkat sumpah jawatan secara rasmi sehingga pemilihan Speaker dibuat.

Pemilihan Speaker bermula semasa sesi pertama Kongres pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Tiga pusingan pengundian pada Selasa gagal dan tiga lagi pada Rabu turut menemui jalan buntu sebelum pemilihan ditangguhkan.

Republikan menguasai majoriti 222-212 perwakilan dalam Dewan dengan 218 undi diperlukan untuk memilih Speaker.

Bagaimanapun 20 ahli Republikan mengundi untuk Ahli Kongres Byron Donalds dan bukannya McCarthy yang disokong majoriti parti itu. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!