Ahmad Redza dilantik Ketua Pengarah Kerja Raya baharu

Ahmad Redza (kanan) dilantik sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya berkuat kuasa Khamis.
Ahmad Redza (kanan) dilantik sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya berkuat kuasa Khamis.
A
A
A
PUTRAJAYA - Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), Datuk Ir Ahmad Redza Ghulam Rasool dilantik sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya berkuat kuasa Khamis.

Mengumumkan perkara itu pada Khamis, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam kenyataan berkata, Ahmad Redza, 59, dilantik menggantikan Datuk Seri Ir Mohamad Zulkefly Sulaiman.

"Pelantikan Ahmad Redza adalah berdasarkan kelayakan, ciri-ciri kepimpinan dan pengalaman luas dalam bidang kejuruteraan, pengurusan projek pembangunan dan pengurusan aset,” katanya.

Ahmad Redza pernah memegang jawatan pengarah negeri di beberapa negeri selain pengarah kanan di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi Jabatan Kerja Raya (JKR).

Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 39 tahun sebagai Jurutera Awam bermula pada 21 Disember 1984 dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Awam daripada Universiti Missouri, Amerika Syarikat.



"Saya percaya dengan pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki Ahmad Redza dapat memacu agenda pembangunan dan infrastruktur negara sekali gus mengangkat JKR sebagai agensi teknikal utama negara bertaraf dunia,” katanya.
Artikel Berkaitan:


Mohd Zuki bagi pihak kerajaan turut merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Mohamad Zulkefly atas jasa dan khidmat bakti beliau kepada negara sepanjang perkhidmatan. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!