Fati selamatkan maruah Barca

Fati (belakang) meledak gol kemenangan Barcelona setelah menewaskan Intercity 4-3 dalam saingan Copa del Rey pada Khamis. Foto Agensi.
Fati (belakang) meledak gol kemenangan Barcelona setelah menewaskan Intercity 4-3 dalam saingan Copa del Rey pada Khamis. Foto Agensi.
A
A
A

SKUAD Barcelona terpaksa menunggu sehingga masa tambahan untuk meraih kemenangan 4-3 ke atas kelab kerdil, Intercity dalam saingan Copa del Rey pada Khamis.

Pemain sensasi, Ansu Fati menyelamatkan maruah Barca daripada diaibkan setelah pasukan divisyen tiga itu memberi tentangan sengit pada aksi pusingan 32 tersebut.

Bekas pemain remaja La Masia, Oriol Soldevila melakar hatrik sehingga mengheret perlawanan ke masa tambahan sebelum Fati memastikan kemenangan Barca menerusi jaringan pada minit ke-103.

Skuad bimbingan Xavi tidak boleh berpuas hati dengan kemenangan tersebut biarpun mendominasi perlawanan setelah berdepan tentangan sengit pasukan tuan rumah yang tiga kali bangkit menyamakan kedudukan.

Justeru Xavi sedar bahawa terdapat banyak perkara yang perlu diperbaiki menjelang perlawanan sukar LaLiga bertemu Atletico Madrid awal pagi Isnin.

“Kami bolos banyak gol sedangkan kami mendominasi perlawanan,” katanya.

Ronald Araujo, Ousmane Dembele dan Raphinha mencatat nama selaku penjaring, namun Soldevila menyumbat tiga gol dalam tempoh 25 minit pada babak kedua.

“Kami gagal menyekat bahagian tengah sekali gus menjadikan perlawanan ini terlalu rumit.

Artikel Berkaitan:

“Kami juga kekurangan kekuatan. Saya perlu memikirkan apa yang boleh diperbaiki,” ujar Xavi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!