Polis kesan waris, majikan mangsa nahas maut

Polis cari waris atau majikan mangsa yang maut kemalangan di KM23 Jalan Klang - Banting, Kuala Langat pada Khamis, gambar kecil: Ramakrishnan Aravint
Polis cari waris atau majikan mangsa yang maut kemalangan di KM23 Jalan Klang - Banting, Kuala Langat pada Khamis, gambar kecil: Ramakrishnan Aravint
A
A
A

KUALA LANGAT - Polis mengesan waris atau majikan kepada seorang lelaki warga asing yang maut kemalangan di Kilometer (KM) 23 Jalan Klang- Banting, di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, kemalangan itu berlaku kira-kira jam 1.10 pagi membabitkan seorang pejalan kaki dikenali Ramakrishnan Aravint serta sebuah Perodua Axia yang dipandu lelaki berusia 22 tahun.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa kereta terbabit dari arah Klang ke Banting telah melanggar mangsa yang melintas jalan secara melulu.

"Perodua Axia yang dipandu lelaki terbabit yang tidak sempat mengelak kemudian telah melanggar mangsa.

"Insiden itu mengakibatkan mangsa yang juga warga India berusia 24 tahun terpelanting di cermin hadapan kereta sebelum jatuh di atas pembahagi jalan," katanya pada Khamis.

Beliau berkata, mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai makan itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Banting.

Tambahnya, bagi membantu urusan siasatan, pihak polis meminta waris atau majikan mangsa untuk tampil membantu siasatan.

"Sebarang maklumat mengenai kejadian kemalangan ini bolehlah menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Keisha Nur Azalea Betty Saran di talian 011-62622972 atau 03-31872222)," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!