Pemimpin UMNO mula tiba, hadiri Mesyuarat MKT

Pengerusi UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani tiba di Menara Dato Onn WTC bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Khamis.
Pengerusi UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani tiba di Menara Dato Onn WTC bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Beberapa pemimpin UMNO dilihat tiba di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti, pada Khamis.

Antara yang hadir adalah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Pengerusi UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said
Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said

Mesyuarat bulanan itu dijangka membincangkan beberapa perkara termasuk keputusan berhubung pemilihan jawatan pimpinan parti tersebut.

Selain itu, mesyuarat berkenaan juga difahamkan akan berbincang mengenai jemputan Perhimpunan Agung UMNO (PAU2022) kepada parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Difahamkan mesyuarat berkenaan akan bermula pada jam 8.30 malam ini.

Petugas media difahamkan telah berada di pekarangan lobi Menara Dato Onn sejak jam 7 petang bagi membuat liputan mengenai mesyuarat berkenaan.

PAU2022 akan mengambil tempat pada 11 hingga 14 Januari depan bertempat di WTC.

Artikel Berkaitan:

Seramai 2,648 perwakilan UMNO seluruh negara dan 174 pemerhati ketua penerangan bahagian akan hadir dalam perhimpunan kali ini.

Beberapa pemimpin UMNO sebelum ini mendesak agar dua jawatan tertinggi parti iaitu Presiden dan Timbalan Presiden itu tidak dipertandingkan demi memastikan kesatuan dalam parti.

Bagaimanapun, banyak pihak berpandangan agar kedua-dua jawatan itu wajar dipertandingkan demi menyuburkan demokrasi di dalam parti.

Pada Isnin, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan, parti belum memutuskan mengenai perkara tersebut dan hanya akan dibincangkan dalam mesyuarat MKT.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!