OPR ibarat suntikan dos ubat
SHAH ALAM - Keputusan untuk menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) bukan suatu keputusan yang mudah untuk Bank Negara Malaysia (BNM).
Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus dalam temu bual eksklusif bersama Sinar Harian Oktober lalu berkata, bank pusat amat peka dengan kenaikan OPR kerana boleh membawa impak yang kurang memuaskan kepada golongan tertentu.
Menurutnya, bagaimanapun kenaikan OPR secara terkawal dan beransur-ansur ini sangat diperlukan bagi mengelakkan risiko peningkatan mencanak kadar inflasi akibat peminjaman serta perbelanjaan yang berlebihan atau melampau yang akan mengakibatkan harga barang terus naik dengan lebih tinggi.
Baca berita eksklusif di Sinar Premium.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!