Barcelona tidak menyesal lepaskan Messi
Menurutnya, untuk mengekalkan Messi di kelab itu adalah sangat mustahil kerana mengalami masalah kewangan yang serius.
"Saya terpaksa meletakkan Barca di hadapan pemain terbaik dalam sejarah bola sepak.
"Pada saat-saat masalah kewangan saya tidak dapat mengekalkannya. Saya fikir ia adalah perkara terbaik untuk kelab," katanya.
Kontrak Messi bersama kelab itu tamat pada penghujung musim 2020-2021 dan Barcelona tidak dapat untuk menandatangani Messi kerana hutang ditanggung kelab itu sebanyak €1.35 (RM 6.25 bilion) pada Ogos 2021.
Had gaji kelab itu juga telah dikurangkan sebanyak €280 (RM1.3 juta) menjelang kempen 2021-2022 akibat masalah kewangan mereka.
Walaupun Messi dilaporkan bersetuju untuk melakukan pengurangan gaji 50 peratus, namun kelab Catalan itu masih tidak mampu menandatangani Messi untuk perjanjian baharu kerana undang-undang pekerjaan Sepanyol melarang majikan menurunkan gaji melebihi 50 peratus.
Ia menyebabkan Messi perlu meninggalkan kelab itu dan menyertai Paris Saint Germain (PSG).
Namun, Messi terus dikaitkan dengan kepulangan ke Barca apabila kontrak bersama PSG akan tamat pada penghujung musim ini.
Laporta sebaliknya tidak mahu mengulas mengenai kepulangan Messi apatah lagi kapten Argentina itu juga telah dilaporkan bersetuju untuk terus kekal bersama kelab gergasi Perancis itu.
"Saya lebih suka untuk tidak bercakap tentang Leo kerana dia adalah pemain PSG. Kami memberi tumpuan kepada pemain yang menjadi milik kami.
"Leo akan sentiasa menjadi sebahagian daripada lambang kami, dan saya ingin dia mempunyai pengakhiran yang terbaik dalam kariernya," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!