Apa yang terkandung dalam syurga...
"SYURGA adalah tempat untuk orang yang beriman ketika di akhirat kelak. Di sana, semuanya indah belaka."
Pernyataan itu seringkali kita dengar, bukan?
Ia bukan sekadar pernyataan sahaja tetapi itulah realiti sebenarnya.
Di dalam al-Quran, terdapat banyak cerita dan penjelasan tentang syurga.
Begitu juga dalam hadis Nabi SAW yang menceritakan tentang keindahan syurga ini.
Apakah gambaran syurga itu?
1. Nikmat melihat ALLAH SWT
Ia sebagaimana yang disebut dalam firman ALLAH: "Wajah-wajah (orang mukmin) pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhan-Nyalah mereka melihat." (Surah al-Qiyamah: 23)
2. Buah-buahan dan buah-buahan syurga
"Dan sampaikan berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahawa bagi mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya. Setiap mereka diberi rezeki buah-buahan dalam syurga-syurga itu, mereka mengatakan, 'Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu'. Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan mereka ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya." (Surah al-Baqarah: 25)
3. Bidadari-bidadari syurga
"Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan dan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin. Maka nikmat Tuhan mana lagi yang hendak kamu dustakan? Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan." (Surah ar-Rahman: 56-58)
4. Nama-nama syurga
"Bagi mereka disediakan Darus Salam pada sisi Tuhan-Nya." (Surah al-An'am: 127)
"Dan mereka berkata, 'Segala puji bagi ALLAH yang telah menghilangkan dukacita daripada kami. Sesungguhnya Tuhan kami benar-benar Maha Pengampun Lagi Maha Mensyukuri. Yang telah menempatkan dalam Darl Muqamah kurnia-Nya; di dalamnya kami tidak berasa lelah dan tidak pula berasa lesu." (Surah Fathir: 34-35)
5. Ciri-ciri orang yang memasuki syurga
"ALLAH menyeru (manusia) ke Darus Salam dan menunjukkan orang-orang yang dikehendakinya kepada jalan yang lurus. Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang baik (al-husna) dan tambahannya. Dan muka mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak pula kehinaan. Maka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya." (Surah Yunus: 25-26)
6. Sungai di syurga
Rasulullah SAW bersabda: "Di dalam syurga ada lautan air, lautan madu, lautan susu dan lautan arak. Kemudian, dari lautan-lautan itu, sungai-sungai terpancar mengiringinya." (Riwayat Tirmizi)
Subhanallah begitu indahnya syurga yang menjadi dambaan setiap insan.
Marilah kita sama-sama meraih syurga ALLAH ini. Semoga kita dapat ke syurga dengan izin-Nya dan rahmat Tuhan.
Sesungguhnya ia merupakan singgahsana yang teragung lagi abadi buat kita di sana.
(Sumber: Fatin Nur Izzati)
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!