Shopee: 63 peratus penjual tempatan yakin dengan e-dagang

No Image Caption
A
A
A

SEBANYAK 63 peratus daripada penjual Malaysia berasa teruja dan positif tentang peluang e-dagang pada 2023, demikian menurut laporan Trend Pengguna Baharu oleh Shopee Malaysia.

Laporan itu menyatakan bahawa khususnya penjual daripada segmen kesihatan dan kecantikan (71 peratus), mainan, kanak-kanak dan bayi (69 peratus) dan fesyen dan gaya hidup (66 peratus) paling optimistik, menyatakan bahawa mereka berada di landasan yang betul untuk merebut peluang pada 2023.

Tinjauan itu yang meliputi lebih 1,000 penjual pasaran Malaysia pada Disember 2022 mendapati bahawa penjual teruja untuk mengambil kesempatan daripada tiga trend utama e-dagang utama yang dibuat pemerhatian oleh Shopee, untuk kekal berdaya tahan dan relevan secara digital dalam e-dagang.

"Tiga trend utama yang diperhati adalah penggunaan perkhidmatan digital yang lebih baik dan lebih jimat, penggunaan perkhidmatan digital yang semakin meningkat dalam kalangan pengguna yang tinggal di luar bandar dan peningkatan pembeli lebih muda yang lebih bertujuan,” kata Shopee.

Syarikat e-dagang itu berkata memandangkan kelebihan digital pembeli yang menggunakan lebih banyak masa dalam talian, lapan daripada 10 penjual bersetuju bahawa mereka mahu meningkatkan penemuan produk, pertimbangan dan pembelian dalam talian.

Secara khususnya, lima daripada 10 penjual ingin memanfaatkan kempen hiperlokal Shopee yang disesuaikan untuk melibatkan pengguna dan Shopee Loyalty Program bagi meningkatkan trafik dan permintaan.

Manakala dengan Shopee Growth Program, semua penjual tempatan juga layak untuk meningkatkan prestasi kedai dan jualan dengan percubaan percuma selama seminggu untuk Shopee RebateNOW yang sangat popular di mana pembeli menikmati potongan 10 peratus antara tempoh 9 hingga 15 Januari 2023.

"Selain itu, penjual pasaran tempatan boleh menuntut sehingga RM100 Free Ads Credit selama dua bulan untuk meningkatkan keterlihatan kedai dan trafik mereka antara Januari hingga Mac,” kata Shopee.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, susulan peningkatan pembeli muda yang lebih bertujuan yang memasuki pasaran pada 2023, 50 peratus daripada penjual yag ditinjau berminat untuk memenuhi keperluan pembeli berasaskan nilai yang menyokong barangan Buatan Malaysia Tempatan melalui lingkungan Shop Malaysia, dan Penjual Hijau melalui laman mikro ShopeeGivesBack.

"Mereka juga teruja dengan kemasukan lebih banyak kandungan pendidikan dalam strim langsung pempengaruh yang menunjukkan kepentingan menyokong tujuan ini,” katanya.

Shopee memulakan Tahun Baru dengan melancarkan tiga bahagian siri Trend Pengguna 2023 yang dipanggil ‘Adapting to Malaysia’s Digital Consumers in 2023’.

Bahagian 2 dan 3 siri yang memfokuskan kepada pembeli dan pempengaruh Malaysia akan dikongsi dengan lebih terperinci dalam beberapa minggu akan datang dan penemuan itu boleh digunakan oleh perniagaan untuk memanfaatkan perkhidmatan e-dagang dan digital bagi memacu daya tahan dan terus kekal relevan. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!