Pesakit Covid-19 di China terpaksa tunggu di luar hospital
BEIJING - Pesakit di China terpaksa menunggu di katil luar pintu masuk dan sepanjang kaki lima hospital ketika negara itu bergelut penularan Covid-19 baru-baru ini, lapor portal News Sky.
Keputusan pihak berkuasa China melonggarkan peraturan ketat Covid-19 telah menyebabkan virus itu merebak pantas dan tidak terkawal.
Dalam satu klip video disiarkan media sosial, pesakit di Hospital Zhongshang di Shanghai boleh dilihat menunggu atas katil di luar pintu utama hospital bagi menunggu giliran panjang mendapatan rawatan selanjutnya.
Manakala video lain menunjukkan pesakit beratur panjang untuk mendapat rawatan di dalam hospital sama.
Difahamkan penamatan peraturan dasar sifar Covid-19 pada 7 Disember lalu, melonjakkan kes di negara didiami 1.4 bilion penduduk.
Bagaimanapun, hanya segelintir rakyat China dipercayai mendapatkan perlindungan imuniti lengkap sejak virus dikesan di bandar Wuhan pada penghujung 2019.
Kini, banyak rumah pengebumian telah padat dengan mayat pesakit dan hospital menyatakan mereka 'kepenatan', manakala pakar memberi amaran bahawa sekurang-kurangnya satu juta kematian di China tahun ini.
Setakat ini, China melaporkan hanya lima kamtian akibat Covid-19 sejak awal Disember lalu. - Agensi
Ikuti perkembangan semasa mengenai Covid-19 di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!