Pintu Sempadan Negara
Keadaan balai ketibaan Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dilihat sesak dengan ketibaan para pelancong semasa tinjauan Bernama hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 4 Jan lepas memaklumkan Malaysia tidak mendiskriminasi mana-mana negara dalam menjalankan pemeriksaan Covid-19 terhadap pelancong yang tiba di negara ini, namun mahu memastikan kesihatan rakyat adalah keutamaan.
Beliau berkata kawalan di pintu masuk negara oleh Jabatan Imigresen juga diperketatkan bagi memantau kemasukan rakyat asing ke Malaysia.
Lonjakan ketara kes Covid-19 di China mengundang kegusaran banyak pihak, termasuk rakyat Malaysia yang mahu kerajaan mengambil langkah kawalan terbaik seperti melakukan ujian saringan Covid-19 sebaik pengembara tiba di pintu sempadan negara.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!