Selangor teruskan beri vaksin Covid-19, dos penggalak percuma

Selangor akan meneruskan pemberian vaksin Covid-19 dan dos penggalak secara percuma bermula Sabtu ini.
Selangor akan meneruskan pemberian vaksin Covid-19 dan dos penggalak secara percuma bermula Sabtu ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan meneruskan pemberian vaksin Covid-19 dan dos penggalak secara percuma di 15 rangkaian Klinik Selcare dan THE KL Clinic bermula Sabtu ini.

Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, inisiatif itu dilakukan bagi meneruskan Program Pemberian Vaksin Covid-19 (SelVax) secara percuma.

Menurut beliau, vaksin Covid-19 akan diberikan kepada kanak-kanak dan individu dewasa, manakala dos penggalak diberikan kepada individu berumur 18 tahun ke atas dengan syarat enam bulan selepas menerima dos terakhir.

Info grafik mengenai pemberian vaksin Covid-19 percuma di 15 rangkaian Klinik Selcare dan THE KL Clinic bermula Sabtu ini.
Info grafik mengenai pemberian vaksin Covid-19 percuma di 15 rangkaian Klinik Selcare dan THE KL Clinic bermula Sabtu ini.

"Rakyat di negeri ini yang ingin mendapatkan vaksin tersebut boleh mengunjungi rangkaian Klinik Selcare dan THE KL Clinic yang beroperasi dari jam 9 pagi hingga 9 malam

"Pendaftaran boleh dibuat secara ‘walk-in’, namun orang ramai digalakkan untuk membuat janji temu melalui panggilan ke talian hotline Selcare iaitu 1-800-22-6600," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!