Bekas pemain tenis nombor satu dunia hamil
BEKAS pemain tenis nombor satu dunia, Ashleigh Barty mengumumkan di media sosial bahawa dia hamil.
Barty berkongsi beritanya dengan menyiarkan foto di Instagram yang memaparkan kasut bayi bersama seekor anjingnya.
"2023 ditetapkan untuk menjadi tahun terbaik. Kami sangat teruja untuk pengembaraan baharu kami. Origi sudah menjadi kakak pelindung," tulis warga Australia berusia 26 tahun itu.
Barty, yang berkahwin dengan Garry Kissick, mengumumkan persaraannya pada Mac - dua bulan selepas dia memenangi Terbuka Australia.
Dia juga memenangi gelaran perseorangan Grand Slam pada Terbuka Perancis 2019 dan Wimbledon 2021.
Dia memenangi 27 gelaran gabungan (15 perseorangan dan 12 beregu).
Barty juga memegang penarafan nombor satu WTA selama 114 minggu berturut-turut, keempat terpanjang dalam sejarah.
Hanya Steffi Graf (186 minggu), Serena Williams (186) dan Martina Navratilova (156) mempunyai larian yang lebih lama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!