Insiden tembakan di Virginia, murid 6 tahun ditahan
WASHINGTON - Seorang murid berusia enam tahun ditahan oleh pihak polis selepas dia menembak dan mencederakan seorang guru di Sekolah Rendah Richneck di Newport News, Virginia pada Jumaat, menurut polis.
"Kecederaan guru itu dipercayai boleh mengancam nyawa. Siasatan masih diteruskan,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Polis Newport News.
Tiada pelajar cedera dalam kejadian itu dan guru wanita berusia 30-an itu dibawa ke hospital tempatan.
Tahap kecederaannya guru itu masih belum dapat dipastikan buat masa ini, menurut polis.
Ketua Polis, Steve Drew dalam satu sidang akhbar berkata, insiden itu berlaku ketika guru dan murid itu bertengkar, menurut CNN. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!