Ramai rakyat Malaysia di AS sukar dapat warganegara

Ka Siong (dua dari kanan) bersama wakil MAA bertemu dengan Saifuddin (kanan) pada Jumaat.
Ka Siong (dua dari kanan) bersama wakil MAA bertemu dengan Saifuddin (kanan) pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Masalah sebilangan rakyat Malaysia yang menetap di Amerika Syarikat sukar memohon kewarganegaraan dan pasport telah dibawa ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk perhatian sewajarnya.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, satu pertemuan telah dibuat pada Jumaat dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution bersama pemimpin Persatuan Malaysia Amerika (MAA) termasuk pengasasnya, Kim Bong.

“Dalam pertemuan selama 30 minit ini, wakil MAA banyak berkongsi kisah rakyat Malaysia yang tinggal di AS terutama mereka yang mula menetap di Amerika Syarikat bersama ibu bapa sejak di bawah umur 12 tahun lagi.

“Walaupun anak-anak ini dilahirkan di Malaysia tetapi mereka tidak memperoleh MyKad kerana mereka masih belum mencapai umur 12 tahun.

“Ini menyebabkan mereka menghadapi kesukaran untuk memohon pasport Malaysia dan terkandas di Amerika Syarikat tanpa sebarang taraf kewarganegaraan Malaysia. Sebahagian daripada mereka juga menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan kerana ketiadaan pengenalan diri yang sah,” katanya dalam Facebook pada Sabtu.

Tambahnya, pertemuan itu turut membincangkan mengenai isu kewarganegaraan automatik kepada anak yang dilahirkan di luar negara oleh wanita warganegara Malaysia bersama pasangan warga asing.

Wakil MAA juga berkongsi situasi sebenar yang mereka hadapi, dengan harapan kerajaan akan segera meminda undang-undang untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!