JPSM, SPRM kerjasama banteras rasuah curi balak

Dua individu dipercayai menerima rasuah bagi melindungi kegiatan mencuri kayu balak dari hutan simpan sekitar Kuala Lipis, Pahang ditahan pada Khamis. - Gambar hiasan, gambar kecil: Mohd Ridza
Dua individu dipercayai menerima rasuah bagi melindungi kegiatan mencuri kayu balak dari hutan simpan sekitar Kuala Lipis, Pahang ditahan pada Khamis. - Gambar hiasan, gambar kecil: Mohd Ridza
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan penahanan dua individu yang dipercayai menerima rasuah bagi melindungi kegiatan mencuri kayu balak dari kawasan hutan simpan sekitar Kuala Lipis, Pahang.

Ketua Pengarah JPSM, Datuk Mohd Ridza Awang berkata, siasatan dan penahanan dua individu itu dijalankan oleh pihak SPRM.

"Kami (JPSM) akan menunggu hasil siasatan sama ada terdapat pendakwaan atau tidak.

"Jabatan akan bantu jika pihak SPRM perlukan maklumat lanjut bagi melengkapkan siasatan," katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Ridza berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan SPRM bagi menangani jenayah tersebut daripada berterusan.

Katanya, kerjasama itu juga termasuklah dengan agensi penguat kuasa yang lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan sebagainya.

Pada Khamis, SPRM Pahang menahan seorang penjawat awam dan pesara kerajaan yang dipercayai menerima ‘habuan’ bagi melindungi kegiatan mencuri kayu balak dari kawasan hutan simpan sekitar Kuala Lipis.

Kedua-dua suspek lelaki itu dipercayai menerima rasuah antara RM500 hingga RM2,000 daripada pemilik syarikat dari November 2019 hingga 2020.

Artikel Berkaitan:

Sumber memaklumkan suspek pertama yang berusia 40 tahun ditahan di pejabat SPRM Cawangan Raub ketika hadir memberi keterangan jam 2.30 petang, Khamis manakala suspek kedua, 61, ditahan 7 malam, Rabu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!