Majlis Presiden PH bermesyuarat petang ini
PETALING JAYA - Pakatan Harapan (PH) mengadakan mesyuarat Majlis Presiden pada petang Sabtu yang dipengerusikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Difahamkan, Ahli Parlimen Tambun itu yang juga Perdana Menteri telah berada di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat PKR, di sini, sejak pagi tadi.
Antara pimpinan lain dilihat hadir kira-kira jam 4 petang tadi ialah Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), merangkap Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad.
Mesyuarat itu dijadual dihadiri oleh semua kepimpinan utama PH antaranya Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook.
Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 3 Januari lalu memaklumkan mesyuarat akan membincangkan 'post-mortem' Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan persiapan PRN di enam negeri bakal berlangsung pada tahun ini.
Paling mencuri tumpuan pada mesyuarat kali ini tentunya pendirian PH berkenaan kerjasama dengan BN bagi menghadapi PRN akan datang.
Enam negeri bakal berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada tahun ini ialah Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Selangor.
Ikuti perkembangan politik semasa negara di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!