[VIDEO] Hajiji menghadap TYT di Istana Seri Kinabalu

Kenderaan yang membawa Hajiji tiba di pintu gerbang Istana Seri Kinabalu di Kota Kinabalu.
Kenderaan yang membawa Hajiji tiba di pintu gerbang Istana Seri Kinabalu di Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Kenderaan membawa Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor memasuki pintu gerbang Istana Seri Kinabalu pada jam 4.20 petang.

Beliau dipercayai menghadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, bagaimanapun tidak diketahui secara terperinci mengenai tujuan pertemuan itu.

Sebelum itu, Istana Seri Kinabalu kembali menjadi tumpuan pengamal media susulan pergolakan politik yang berlaku di Sabah ketika ini.

Pergolakan politik mula berlaku selepas Barisan Nasional (BN) Sabah pada Jumaat mengumumkan untuk menarik sokongan terhadap Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah.

Bagaimanapun, sebelum itu dikatakan ada cubaan untuk menumbangkan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menerusi 'Langkah Sutera' apabila terdapat dakwaan Parti Warisan (Warisan) bekerjasama dengan BN Sabah untuk mengambil alih kerajaan.

Namun, gerakan itu gagal dan ia dikuatkan lagi dengan penundaan sidang akhbar Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada Khamis lalu.

Ikuti perkembangan politik semasa negara di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!