[VIDEO] Hajiji hanya melambai kepada media selepas menghadap TYT

Hajiji memberikan lambaian kepada media di hadapan pintu gerbang Istana Seri Kinabalu di Kota Kinabalu.
Hajiji memberikan lambaian kepada media di hadapan pintu gerbang Istana Seri Kinabalu di Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor hanya melambaikan tangannya kepada media selepas hampir satu jam pertemuannya dengan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu pada petang Sabtu.

Media sempat merakam wajah Hajiji yang tersenyum ketika beliau membuka tingkap keretanya selepas keluar dari Istana pada jam 5.13 petang.

Usaha media mendapatkan komen daripada beliau mengenai tujuan menghadap Tun Juhar gagal apabila kenderaan yang membawa Ketua Menteri itu bergerak keluar dari pintu gerbang istana.

Sebelum itu, kenderaan rasmi Ketua Menteri yang membawa Hajiji dilihat memasuki pekarangan Istana Seri Kinabalu pada jam 4.20 petang.

Bagaimanapun, tidak diketahui secara terperinci mengenai tujuan beliau menghadap Tun Juhar di istana berkenaan.

Istana Seri Kinabalu kembali menjadi tumpuan pengamal media susulan pergolakan politik yang berlaku di Sabah ketika ini.

Pergolakan politik mula berlaku selepas Barisan Nasional (BN) Sabah pada Jumaat mengumumkan untuk menarik sokongan terhadap Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah.

Terdapat dakwaan ada cubaan untuk menumbangkan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menerusi 'Langkah Sutera' menerusi kerjasama Parti Warisan (Warisan) dengan BN Sabah untuk mengambil alih kerajaan.

Artikel Berkaitan:

Namun, gerakan itu gagal dan ia dikuatkan lagi dengan penundaan sidang akhbar Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada Khamis lalu.

Ikuti perkembangan politik semasa negara di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!