Pemuda maut kereta dipandu rempuh pokok

Anggota bomba mengeluarkan mangsa kemalangan menggunakan peralatan khas.
Anggota bomba mengeluarkan mangsa kemalangan menggunakan peralatan khas.
A
A
A

KLUANG - Seorang pemuda maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan dan merempuh sebatang pokok di Jalan Batu Pahat-Sri Lalang, dekat sini pada Sabtu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Penguasa Bomba Kanan II Zaidi Tumiran berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada jam 7.33 pagi.

"Susulan itu seramai lapan anggota dibantu satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan dihantar ke tempat kejadian.

"Kemalangan tersebut mengakibatkan mangsa, Mohamad Rizal Othman, 31, tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

"Pihak bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas. Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!