Pegawai kanan Taliban kecam Putera Harry
KABUL - Seorang pegawai kanan Taliban pada Jumaat menyelar Putera Harry selepas beliau mendedahkan telah membunuh 25 individu ketika terlibat tugas tentera di Afghanistan dan menyifatkan misi itu seperti ‘membuang buah catur dari papan’.
Duke of Sussex itu turut dengan bangga menceritakan pengalaman ketika terlibat operasi memerangi Taliban antara 2007 dan 2013 menerusi memoir berjudul Spare yang bakal diterbitkan pada Selasa ini.
“Orang awam tidak bersalah yang maut itu juga mempunyai keluarga. Mereka bukan buah catur, mereka adalah manusia,” tegas Anas Haqqani menerusi Twitter yang turut mendakwa Harry telah melakukan jenayah perang.
Difahamkan, Harry berkhidmat selama 10 tahun dalam Angkatan Tentera Britain dan memegang pangkat kapten. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!