Bayern 'sisih' Noussair

Noussair Mazraoui - Foto AFP
Noussair Mazraoui - Foto AFP
A
A
A

BEK sayap Bayern Munich, Noussair Mazraoui akan diketepikan selepas mengalami komplikasi jantung akibat Covid-19 semasa percutiannya selepas Piala Dunia, kata kelab Bundesliga itu pada Sabtu.

Pemain berusia 25 tahun itu diuji positif semasa Piala Dunia di Qatar, yang memaksanya terlepas kemenangan 1-0 Maghribi pada suku akhir ke atas Portugal.

“Semasa pemeriksaan susulan... Noussair disahkan mengalami keradangan ringan pada perikardium,” kata Bayern dalam satu kenyataan tanpa menyebut berapa lama Noussair akan kembali pulih.

Kenyataan itu menambah bahawa Noussair tidak dapat terbang bersama pasukan ke Doha ketika mereka bersedia untuk separuh kedua musim ini di kem latihan dan akan menjalani ujian tetap untuk memutuskan bila dia boleh menyambung semula latihan.

Ini adalah tahun kedua berturut-turut pemain kelahiran Maghribi telah diketepikan kerana masalah jantung berkaitan Covid-19.

Jurulatih Julian Nagelsmann terpaksa berhadapan dengan kehilangan seorang lagi pemain utama selepas Manuel Neuer (patah tulang tibia) dan Lucas Hernandez (ligamen koyak) kedua-duanya diketepikan untuk baki musim ini.

Penyandang juara Bayern mendahului kedudukan Bundesliga dengan empat mata dan meneruskan kempen mereka menentang RB Leipzig pada 20 Januari.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!