22 atlet para hoki beraksi di Berlin Jun ini

Megat D Shahriman (duduk, tengah) bersama Setiausaha Agung Majlis Paralimpik Malaysia (PCM) Laksamana Pertama (B) Datuk Subramaniam Raman Nair (duduk tiga, kanan) ketika sesi bergambar selepas melakukan gimik Pelancaran Persatuan Para Hoki Malaysia di sebuah hotel di ibu kota pada Sabtu. - Foto: Bernama.
Megat D Shahriman (duduk, tengah) bersama Setiausaha Agung Majlis Paralimpik Malaysia (PCM) Laksamana Pertama (B) Datuk Subramaniam Raman Nair (duduk tiga, kanan) ketika sesi bergambar selepas melakukan gimik Pelancaran Persatuan Para Hoki Malaysia di sebuah hotel di ibu kota pada Sabtu. - Foto: Bernama.
A
A
A
MALAYSIA menjadi negara pertama di Asia yang menghantar atlet para hoki negara untuk beraksi dalam acara Special Olympics Hockey di Special Olympics World Games di Berlin, Jerman pada 17 hingga 25 Jun ini.

Presiden Persatuan Para Hoki Malaysia (PPHM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata, acara yang juga dikenali sebagai ID Hoki itu merupakan acara pertunjukan sebelum ia disenaraikan sebagai acara rasmi dalam temasya sukan berprestij itu pada masa akan datang.

"Kita telah mempersiapkan barisan atlet dari pelbagai negeri sejak awal lagi bagi membawa nama negara dalam acara berprestij itu,” katanya selepas melancarkan PPHM secara rasmi pada Sabtu.

Special Olympics World Games merupakan temasya sukan khusus bagi Orang Kurang Upaya (OKU) yang mempertandingkan 26 acara termasuk badminton, olahraga, boling dan berbasikal.

Dalam pada itu, Megat D Shahriman yang juga Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) berkata, penubuhan persatuan itu sejak 14 Jun 2021 adalah sebagai platform untuk atlet OKU termasuk fizikal, pendengaran, penglihatan, mental dan kerdil menceburi sukan hoki.
Artikel Berkaitan:


"PPHM mengorak langkah mengadakan platform ini untuk memberi peluang kepada OKU menyerlahkan bakat mereka dalam sukan hoki,” katanya.

Beliau berkata bagi menjayakan matlamat persatuan, PPHM akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan, Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Sukan Negara. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!