Masih belum berakhir - Polking
PENGENDALI Thailand, Alexandre Polking menyifatkan perjuangan buat pasukannya masih belum berakhir selepas tewas 0-1 dalam aksi separuh akhir pertama Piala AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu.
Menurutnya, skuad Gajah Perang masih mempunyai 90 minit untuk menukar keputusan tersebut kepada kemenangan di laman sendiri.
"Kami tewas tetapi masih ada aksi di laman sendiri. Saya tidak suka kalah.
"Sukar untuk menerima kekalahan ini selepas kita juga beraksi baik.
"Namun, perlawanan bagus ditonjolkan oleh Malaysia dibantu dengan sorakan penyokong mereka," katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan.
Aksi separuh akhir kedua Piala AFF kedua-dua pasukan akan dilangsungkan di Stadium Thammasat pada Selasa ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!