Pan-gon puas hati persembahan Harimau Malaya

Pemain kebangsaan, Shahrul Nazeem Zulpakar cuba mengawal bola pada perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 antara Malaysia dan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. - Foto Bernama

A
A
A

PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan-gon berpuas hati dengan persembahan para pemainnya selepas melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Thailand dalam aksi separuh akhir pertama, Piala AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu.

Menurutnya, pemain negara telah memberikan segalanya berdepan pasukan di ranking ke-111 dunia itu.

"Saya berbangga dengan pemain. Penyokong juga memberikan sokongan padu kepada kami.

"Malam ini perlawanan sukar, tetapi perlawanan seterusnya (separuh akhir kedua) lebih sukar.

"Pemain menunjukkan semangat berpasukan, kembali kejar bola apabila hilang dan komitmen mereka memang terbaik," katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan pada Sabtu.

Skuad negara akan sekali lagi berdepan Thailand dalam aksi timbal balik di Stadium Thammasat pada Selasa ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!