Menteri 'ekstremis' Israel cari pasal lagi

Ben-Gvir (tengah) ketika diberikan taklimat oleh pegawai penjara Nafha
Ben-Gvir (tengah) ketika diberikan taklimat oleh pegawai penjara Nafha
A
A
A

TEL AVIV - Menteri 'ekstremis' Israel, Itamar Ben-Gvir sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila beliau dilaporkan mengadakan lawatan ke penjara dilengkapi kawalan keselamatan ketat yang menempatkan tahanan Palestin yang disabit atas kesalahan berkaitan keselamatan.

Tujuan kunjungan Menteri Keselamatan Negara itu ke penjara Nafha pada Khamis lalu adalah semata-mata untuk memastikan tahanan Palestin terus menerima layanan buruk.

"Saya mahu lihat sendiri keadaan tahanan Palestin dan tidak mahu keadaan mereka bertambah baik dengan pembinaan sel baharu.

"Saya gembira kerana Perkhidmatan Penjara Israel tidak merancang untuk memperbaiki keadaan sel yang menempatkan mereka," katanya merujuk kepada kemudahan itu yang baharu diubah suai.

Haaretz melaporkan Ben-Gvir akan sentiasa memeriksa keadaan tahanan Palestin untuk memastikan mereka tidak mendapat 'hak' secara berlebihan.

Gerakan Hamas bagaimanapun menyelar kontroversi terbaharu itu dan menyifatkan ia sebagai 'tindakan provokasi' berbahaya.

"Langkah sedemikian adalah untuk menindas lagi tahanan Palestin dengan niat untuk menyebabkan kesengsaraan lebih teruk. Ia adalah tingkah laku jenayah yang tidak pernah berlaku terhadap golongan itu," tegas Hamas.

Pada awal minggu lalu, tindakan biadab Ben-Gvir menceroboh masuk ke pekarangan al-Aqsa (Haram al-Sharif) telah mengundang kecaman negara antarabangsa dan Muslim seluruh dunia. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!