1 maut, 57 cedera kereta api bertembung di Mexico

Pasukan kecemasan memindahkan mangsa yang cedera, selepas dua buah kereta api metro bertembung di bandar raya Mexico pada Sabtu. - Foto EPA
Pasukan kecemasan memindahkan mangsa yang cedera, selepas dua buah kereta api metro bertembung di bandar raya Mexico pada Sabtu. - Foto EPA
A
A
A

BANDARAYA MEXICO - Seorang maut dan 57 lagi cedera selepas dua buah kereta api metro bertembung, kata Setiausaha Keselamatan Awam Bandaraya Mexico, Omar Garcia Harfuch.

Pada Sabtu pagi, dua kereta api berlanggar di laluan metro ketiga di Bandaraya Mexico dan laporan media awal mengatakan seorang maut manakala 14 lagi cedera.

Empat orang dilaporkan terperangkap di dalam gerabak namun mereka dapat diselamatkan dan pendakwa raya sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!