Nama Permata ditukar kepada Genius
NILAI - Kabinet telah bersetuju untuk menukar nama Program Permata Negara (Permata) kepada Genius dengan pengisian program yang akan ditingkatkan kualitinya.
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, pertukaran nama itu diputuskan oleh Kabinet untuk memberikan satu jenama baharu.
“Tetapi ada beberapa program di bawah Permata yang diberikan kepada Universiti Sains Islam Malaysia.
"Terdapat program akan dipertingkatkan dari segi kualitinya meskipun fungsi dan peranan asalnya masih lagi sama,” katanya selepas satu program di sini semalam. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!