Ronaldo kena tunggu dua minggu lagi

Ronaldo dijadualkan beraksi di laman sendiri menentang Ettifaq pada 22 Januari. - Foto EPA
Ronaldo dijadualkan beraksi di laman sendiri menentang Ettifaq pada 22 Januari. - Foto EPA
A
A
A

BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo dijangka membuat debut di Arab Saudi dalam tempoh dua minggu lagi selepas dia didaftar sebagai pemain baharu Al Nassr.

Sumber memberitahu AFP, tarikh jangkaan kapten Portugal itu boleh membuat penampilan pertama ialah pada 22 Januari.

Ronaldo akan menyertai senarai pemain selepas Al Nassr menamatkan kontrak pemain dikaitkan dengan Manchester United, Vincent Aboubakar.

Pemain berusia 38 tahun itu boleh beraksi di laman sendiri menentang Ettifaq selepas melalui dua penggantungan perlawanan yang dikeluarkan pada November kerana memecahkan telefon bimbit seorang penyokong ketika bermain bersama Manchester United.

“Al Nassr menamatkan kontrak Vincent Aboubakar menerusi persetujuan bersama dan dia akan menerima semua haknya dalam aspek kewangan,” kata sumber itu.

Kelab itu sudah mendaftarkan Ronaldo sebelum perlawanan Al Nassr menentang Al Ta'ee Jumaat lalu.

Ronaldo sudah melalui satu penggantungan dan akan terlepas satu lagi aksi sebelum boleh turun bermain.

“Jadi ketika ini dia ada satu lagi penggantungan dan akan melaluinya dalam satu lagi aksi menentang Al Shabab pada 14 Januari,” kata sumber itu.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, ekoran penamatan kontrak berkenaan, Aboubakar ketika ini adalah ejen bebas dan boleh berunding untuk menyertai mana-mana kelab.

Bagaimanapun, sumber tersebut enggan mengulas spekulasi pemain berusia 30 tahun itu akan berkelana ke Old Trafford.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!