Tergamak bawa bayi 18 bulan lepas gian dadah

Wanita berkenaan menutup muka bayinya ketika ditahan AADK Kerian menagih dadah, di sini, hari ini. - Foto Ihsan AADK Kerian
Wanita berkenaan menutup muka bayinya ketika ditahan AADK Kerian menagih dadah, di sini, hari ini. - Foto Ihsan AADK Kerian
A
A
A

BAGAN SERAI - Sepasang suami isteri tegar membawa bayi perempuan mereka berusia 18 bulan ke sebuah rumah yang dijadikan sarang penagihan untuk memuaskan nafsu mereka terhadap bahan terlarang itu.

Lebih malang lagi, bayi berkenaan sedang menyusu di saat ibunya ditahan dan digari tangannya oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kerian.

Ketua Operasi AADK Kerian Shahrul Nizam Baharuddin berkata, pasangan suami isteri berusia 49 dan 33 tahun ini merupakan antara 14 individu yang ditahan AADK dalam Op Perdana yang dijalankan di Parit Haji Dollah, Selinsing bermula jam 6.30 pagi hingga 2 petang hari ini.

"Hasil siasatan, bapa bayi berkenaan terlibat kes dadah sejak 10 tahun manakala isterinya mula berjinak sejak setahun lalu," katanya kepada pemberita selepas operasi berkenaan tamat, di sini hari ini.

Menurut Shahrul Nizam, ibu kepada bayi tersebut menceritakan bahawa dia terlibat dalam penagihan dadah selepas terpengaruh dengan suaminya yang hanya bekerja kampung.

"Mereka mempunyai empat anak dan tinggal bersama emak serta kakak wanita terbabit malah bayi tersebut akan diserahkan kepada neneknya untuk dijaga," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!