Cerita poligami pengarah terkenal jadi bualan hangat

Perkahwinan Syamsul Yusor dan Ira Kazar menerima pelbagai komen daripada netizen. - Foto media sosial
Perkahwinan Syamsul Yusor dan Ira Kazar menerima pelbagai komen daripada netizen. - Foto media sosial
A
A
A

SEMINGGU dua ini Merak Jalanan sibuk betul dengan tugasan. Petang semalam, sempat 'merewang' sekejap di media sosial kononnya nak hilangkan stres, tapi itulah lain pula jadinya. Bertambah kusut kepala dibuatnya!

Hampir 90 peratus posting pada timeline Merak Jalanan berkisar tentang perkahwinan baharu seorang pengarah dan penerbit filem terkenal.

Merak Jalanan tak terkejut mahupun terkesan membaca berita ini kerana ia bukan hal dalam kain Merak Jalanan.

Cuma bila terbaca komen-komen netizen, automatik berdebar pula dada dan mula terfikir kenapa semua marah-marah? Adakah sebab menikah lagi atau pengkhianatan yang didakwa berlaku?

"Kahwin dekat Thailand memang halal, kena denda sahaja. Yang haram jad**h sebab khianat," tulis satu komen yang Merak Jalanan baca.

Merak Jalanan faham, ramai yang memberi respons dan begitu beremosi adalah wanita.

Ramai yang komen "pengkhianatan ini tidak sepatutnya berlaku", "kejujuran perkara nombor wahid" dan macam-macam lagilah.

Bab poligami pula ada yang kata, "kahwin lain pun tak minta izin, boleh ke nak berlaku adil?, "hmmmm yang mampu dia buat cuma block isteri pertama" dan semestinya ribuan komen lain lagi.

Artikel Berkaitan:

Merak Jalanan tak mahu menghakimi apa yang berlaku, tindak-tanduk suami mahupun isteri, semua itu hak mereka.

Biarlah mereka putuskan jalan kehidupan yang sudah difikirkan terbaik kerana kita tidak berada di dalam kasut mereka. Cuma nasihat kepada netizen, benar mereka ini selebriti dan kisah mereka umpama 'milik bersama', tapi jangan lupa letakkan had pada diri sendiri.

Jangan sampai kita alpa, bukan hanya kehidupan mereka sekeluarga sedang diuji, kita juga sebenarnya diuji.

Jari-jemari yang 'berkicau' di ruang maya ini akan dihitung apabila tiba masanya kelak. Merak Jalanan cuma nak pesan, kita doalah yang baik-baik, itu kan lebih elok.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!