Op Kontraban: 306 diberkas libat rampasan RM132 juta

Antara barang yang dirampas dalam Op Kontraban.
Antara barang yang dirampas dalam Op Kontraban.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menahan 306 orang dan merampas pebagai barang seludup dan bersubsidi dianggarkan bernilai lebih RM132 juta menerusi Op Kontraban pada tahun lalu.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, operasi itu dilaksanakan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam dalam usaha membendung ketirisan barangan kawalan bersubsidi.

"Kejayaan tersebut terdiri daripada tindakan di bawah Akta Kastam 1967 dengan jumlah rampasan bernilai RM68,047,396.60, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 1967 (RM 25,000), Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (RM2,855,370), Akta Bahan Letupan (RM7,576,222), Akta Kawalan Bekalan (RM40,360,702.80).

"Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia (RM1,500,000), Seksyen 379/427 Kanun Keseksaan (Bitcoin) ( RM1,581,000), Akta Senjata 1960 (RM12,000), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (RM7,329,740) serta Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah & Bahan Kosmetik 1984 (ubat covid) dan Akta Racun 1952 (vape) RM3,420,000)," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Noorsiah berkata, seramai 23 orang termasuk enam warga asing ditahan dengan nilai rampasan RM27,400,605.20 dalam sembilan serbuan sejak 1 Januari hingga 6 Januari lalu.

"Kejayaan kes ini terdiri daripada tindakan di bawah Akta Kastam 1967 (RM 24, 229, 455.70), Akta Kawalan Bekalan 1961 (RM 971,149.50) dan Akta Racun 1952 (RM 2,200,000)," katanya.

Noorsiah berkata, pihaknya terus komited melaksanakan operasi bersepadu bersama Pasukan Gerakan Am, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Kementerian Kesihatan Malaysia serta Lembaga Hasil Dalam Negeri.

"Usaha bersepadu ini merupakan langkah proaktif bagi PDRM dalam membendung penyelewengan minyak diesel bersubsidi, rokok serta minuman keras demi kesejahteraan rakyat," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!