Nicholas Saputra keluar mengundi demi demokrasi
BINTANG popular Indonesia, Nicholas Saputra, berkongsi gambar menunjukkan jari yang sudah dicelup dakwat undi, hari ini, di Jakarta, Indonesia.
Menurut pelakon filem Ada Apa Dengan Cinta itu, ketika melaksanakan tanggungjawab keluar mengundi untuk pilihan raya bagi memilih presiden Indonesia untuk tempoh 2019-2024 seterusnya, keadaan terkawal dan damai.
"Baiklah... Terima kasih kapada teman-teman yang sudah ikut berpartisipasi dalam pemilu 2019. "Tetap damai dan selamat merayakan demokrasi!," coretnya di Instagram
Begitupun, perkongsian itu akan dipadam olehnya selepas 24 jam. "Postingan ini akan dihapus dalam waktu 24 jam," katanya.
Pada masa sama menerusi Insta Story, jejaka tampan itu turut menulis;
"Demi cinta atas demokrasi, saya dah lakukan!," luahnya.
Di ruangan komen aktor tersebut, rata-rata peminat memuji tindakannya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!