Pekerja sangkar ikan tiada dokumen ditahan

Pekerja warga asing yang ditahan dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban untuk tindakan selanjutnya.
Pekerja warga asing yang ditahan dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban untuk tindakan selanjutnya.
A
A
A

GEORGETOWN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang menahan seorang pekerja warga asing sangkar ikan selepas mendapati lelaki tersebut tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, warga Myanmar tersebut ditahan pada petang Ahad selepas pemeriksaan dibuat dalam Op Pertiwi.

Menurutnya, warga asing yang dikenali itu merupakan pekerja di sebuah sangkar ikan di Sungai Udang, Batu Kawan.

"Pada jam 5.30 petang semalam (Ahad), sepasukan penguatkuasa Maritim Pulau Pinang dengan menggunakan bot ronda telah melakukan pemeriksaan ke atas sebuah sangkar ikan di kawasan Sungai Udang iaitu pada kedudukan 2.7 batu nautika barat Batu Kawan.

"Hasil pemeriksaan mendapati, seorang pekerja sangkar warga Myanmar gagal mengemukakan atau tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Sangkar ikan di Sungai Udang, Batu Kawan diperiksa dalam Op Pertiwi pada petang Ahad.
Sangkar ikan di Sungai Udang, Batu Kawan diperiksa dalam Op Pertiwi pada petang Ahad.

'Kita menahan lalu membawanya ke Jeti Polis Marin Batu Uban sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Artikel Berkaitan:

"Maritim Malaysia menasihati pemilik sangkar ikan agar mematuhi peraturan dan undang-undang sedia ada bagi mengelakkan sebarang tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa.

"Sebarang aduan salah laku jenayah maritim di laut atau sebarang kecemasan, orang awam boleh menghubungi hotline Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian (04-2626146) atau talian kecemasan MERS 999," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!