Gakpo perlu masa untuk menyerlah

Gakpo (kiri) tekad membaiki kelemahan bagi membantu Liverpool mencatat keputusan positif. - Foto Agensi
Gakpo (kiri) tekad membaiki kelemahan bagi membantu Liverpool mencatat keputusan positif. - Foto Agensi
A
A
A

PEMAIN sensasi Liverpool, Cody Gakpo berharap diberikan masa untuk tempoh beberapa minggu bagi meningkatkan prestasi selepas menyertai The Reds pada jendela perpindahan Januari ini.

Pemain berusia 24 tahun itu turut mengakui gagal mempamerkan aksi terbaik pada penampilan pertama ketika The Reds seri 2-2 dengan Wolverhampton Wanderers dalam aksi Piala FA pada Ahad.

Pada aksi tersebut, Gakpo yang berhijrah dari PSV Eindhoven dinafikan satu bantuan jaringan apabila hantarannya berjaya ditanduk keluar Toti, sebelum dia melakukan lorongan buat jaringan Mohamed Salah untuk meledak gol kedua The Reds.

“Secara keseluruhan ia permainan yang hebat. Saya juga ada beberapa peluang yang baik.

“Namun saya mengakui ada berlaku kelekaan dan kesilapan. Saya masih boleh memperbaikinya dan terus bekerja dan cuba membantu pasukan sebaik mungkin,” katanya.

Di sebalik aksi hambar itu, pemain Belanda tersebut telah mengenal pasti beberapa kelemahan yang perlu dibaiki.

“Sudah tentu, anda akan banyak belajar apabila anda turun bermain. Jadi saya tidak sabar (beraksi lebih kerap) untuk perlawanan berikutnya,” katanya.

The Reds memuktamadkan perpindahan Gakpo bernilai sekitar £37 juta (RM196 juta) pada jendela perpindahan baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!