Hujan berterusan dijangka di timur Sabah sehingga 13 Januari

Bahagian Timur Sabah dijangka alami hujan yang berterusan hingga Jumaat ini. - Gambar hiasan
Bahagian Timur Sabah dijangka alami hujan yang berterusan hingga Jumaat ini. - Gambar hiasan
A
A
A

KOTA KINABALU - Bahagian Timur Sabah dijangka mengalami hujan yang berterusan apabila analisis model cuaca menunjukkan penumpuan angin di kawasan berkenaan sehingga Jumaat ini (13 Januari).

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan (tahap waspada) di Sabah berkuat kuasa sehingga 11 Januari, dan amaran angin kencang serta laut bergelora bagi perairan timur Sabah berkuat kuasa 11 hingga 14 Januari.

Sementara itu menurutnya, fenomena garis badai yang membawa bersama hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di barat Semenanjung serta barat dan tengah Sarawak pada sebelah pagi.

Ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang juga dijangka berlaku di kawasan pedalaman dan timur Semenanjung serta barat Sabah pada sebelah petang hingga ke malam.

MetMalaysia menasihatkan orang awam supaya sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial, disamping memuat turun aplikasi myCuaca, bagi maklumat yang terkini dan sahih. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!