Lokasi skrin besar dipilih tanpa pertimbangan politik - Hannah

Hannah - Foto Bernama
Hannah - Foto Bernama
A
A
A

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menjelaskan pemasangan skrin besar melibatkan aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 yang menemukan Malaysia dan Thailand Sabtu lalu tidak melibatkan sebarang pertimbangan politik.

Menterinya, Hannah Yeoh memberitahu, proses tersebut dilakukan dalam tempoh singkat dan melibatkan beberapa pertimbangan.

“Tiada pertimbangan politik dalam lokasi skrin besar. Cadangan penganjuran ini melibatkan lesen hak siaran, dimuktamadkan KBS pada 6 Januari (notis dalam masa yang singkat).

“Negeri-negeri yang bekerja pada 6 Januari (Jumaat) bersedia dan mula gerak kerja dalam 24 jam untuk pelaksanaan segera,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

KBS sebelum ini menyediakan 14 skrin besar tayangan perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF itu di seluruh negara.

Bagaimanapun beberapa pihak mempersoalkan inisiatif tersebut yang tidak disediakan di Kelantan, Terengganu dan Kedah yang ketika ini ditadbir pihak pembangkang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!