Anwar tiba di Sabah bertemu ketua parti

Anwar tiba di hotel terkemuka di Kota Kinabalu untuk bertemu dengan pemimpin parti politik bagi menyelesaikan masalah politik Sabah.
Anwar tiba di hotel terkemuka di Kota Kinabalu untuk bertemu dengan pemimpin parti politik bagi menyelesaikan masalah politik Sabah.
A
A
A

KOTA KINABALU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu untuk bertemu dengan pemimpin parti politik termasuk Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada malam Isnin.

Beliau yang tiba dari Indonesia selepas lawatan rasminya di negara jiran tiba di hotel terkemuka, di sini pada jam 10.10 malam dipercayai untuk mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan kemelut politik di Sabah ketika ini.

Sebelum itu, Ahmad Zahid memaklumkan perbincangan dari hati ke hati akan dilakukan bersama untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

Pertemuan itu adalah bagi mencapai keputusan 'menang-menang, antara semua pihak.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!