Belacan disangka bau mayat
HANYA kerana ingin menikmati sambal belacan di perantauan, seorang rakyat Malaysia berdepan dengan situasi mencemaskan apabila sepasukan polis membuat serbuan ke rumahnya.
Kisah yang agak melucukan itu dikongsi oleh seorang pemilik Twitter, Thezulfo yang menceritakan kembali kenangan rakan isterinya yang gembira mendapat belacan sebelum proses membakar untuk membuat sambal ketika menetap di Perancis.
Menurutnya, laporan polis dibuat oleh jiran-jirannya apabila terhidu bau busuk yang tidak pernah dihidu selama ini.
“Sekali polis ketuk pintu nak siasat kerana menerima laporan daripada jiran terhidu bau mayat,” katanya menerusi ciapan di akaun Twitter miliknya.
Lebih menarik perhatian netizen, aduan itu dibuat kerana mendakwa terhidu bau mayat dari dalam rumah rakan isterinya itu.
Kebanyakan pengguna Twitter terhibur dengan insiden berkenaan apabila bau belacan disamakan dengan bau mayat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!