PAU medan perkasa parti - Ahmad Jazlan

Ahmad Jazlan
Ahmad Jazlan
A
A
A

KOTA BHARU - Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang berlangsung pada Rabu hingga Sabtu ini perlu dijadikan sebagai medan untuk memperkasakan parti selepas pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, setiap perwakilan perlu menggunakan kesempatan dengan melontarkan idea-idea ke arah memperkasakan parti.

"Inilah masa terbaik untuk kita meneruskan agenda-agenda membela rakyat yang sudah sebati dengan perjuangan UMNO," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Selasa.

Menurut beliau, UMNO Kelantan tidak membawa sebarang usul pada PAU kali ini.

Sinar Harian 6 Disember lalu melaporkan, PAU yang dijadualkan berlangsung pada 21 hingga 24 Disember ditunda kepada 11 hingga 14 Januari ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, keputusan tersebut dibuat selepas majoriti Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!